• Ringgit Diunjur Cecah RM3.87 Berbanding Dolar AS

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Tuesday, 20 February 2018
    A- A+
    KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semalam ini susulan peningkatan menggalakkan harga minyak global, kata peniaga.

    Pada 6 petang, ringgit berada pada 3.8890/8920 berbanding dolar AS daripada 3.8910/8980 pada Khamis lalu.

    Pasaran pertukaran asing tempatan ditutup pada Jumaat sempena cuti Tahun Baru Cina.

    Ketua Dagangan OANDA Corp bagi Asia Pasifik Stephen Innes berkata, ringgit boleh meningkat ke paras RM3.87 berbanding dolar AS dan terus mengukuh lagi sekiranya momentum meningkat berterusan.

    "Peniaga akan menyasarkan paras kritikal pada RM3.85 berbanding dolar AS.

    Petunjuk pasaran minyak mentah Brent meningkat 0.63 peratus kepada AS$65.25 setong, peningkatan yang dilihat dalam seluruh pasaran bagi semua kategori minyak mentah.

    Seorang peniaga memberi tahu Bernama harga minyak meneruskan kenaikan pada Isnin tetapi kenaikan itu terhad apabila dolar AS pulih sedikit selepas mencecah paras terendahnya dalam tempoh lebih daripada tiga tahun.

    Sementara itu, pasaran kewangan Amerika Syarikat ditutup pada Isnin sempena cuti Hari Presiden.

    Ringgit juga mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama.

    Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9619/9660 daripada 2.9659/9724 pada Khamis lalu dan naik berbanding yen kepada 3.6472/6510 daripada 3.6559/6635 sebelumnya.

    Ringgit naik berbanding pound British kepada 5.4508/4554 daripada 5.4704/4818 pada Khamis dan meningkat berbanding euro kepada 4.8259/8311 daripada 4.8583/8678, sebelumnya. - BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Ringgit Diunjur Cecah RM3.87 Berbanding Dolar AS "