• Ringgit Dibuka Tinggi

    Published: Wednesday, 7 February 2018
    A- A+
    KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan minat belian baharu serta prestasi kukuh di Bursa Malaysia.

    Pada jam 9 pagi, ringgit diniagakan 3.8970/9000 berbanding dolar AS daripada 3.9135/9165 semasa ditutup semalam.

    Peniaga berkata, indeks dolar AS, mengatasi keuntungan daripada sesi dagangan sebelumnya susulan Wall Street mencatat lantunan daripada paras rendahnya, sekali gus menyumbang kepada kenaikan ringgit.

    Katanya, jualan di seluruh pasaran saham dunia mendorong pelabur untuk kembali ke dolar AS pada Isnin, membantu mata wang Amerika Syarikat (AS) itu diniagakan tinggi.

    Ringgit juga diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

    Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9554/9588 daripada 2.9632/9657 dan lebih kukuh berbanding euro kepada 4.8276/8317 daripada 4.8535/8580 semasa ditutup semalam.

    Ringgit juga lebih meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4394/4440 daripada 5.4762/4808 dan kukuh berbanding yen kepada 3.5609/5646 daripada 3.5897/5934. - BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Ringgit Dibuka Tinggi "