• Ringgit Dibuka Rendah

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Monday, 5 February 2018
    A- A+
    KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini, susulan dolar AS dan hasil bon mencatat lantunan berikutan laporan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang dikeluarkan pada Jumaat lalu.

    Pada jam 9 pagi, ringgit diniagakan pada 3.8935/8965 berbanding dolar AS daripada 3.8850/8880 semasa ditutup pada Jumaat.

    Peniaga berkata, ringgit mencatat penyusutan didorong pergerakan dolar AS serta harga minyak yang lebih rendah, dengan mengambil kira peningkatan pengeluiaran minyak AS disebalik usaha Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) untuk mengurangkan bekalan lebihan minyak di pasaran.

    Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama lain, kecuali yen Jepun.

    Ia meningkat berbanding dolar Singapura pada 2.9498/9532 daripada 2.9575/9618 dan lebih kukuh berbanding euro kepada 4.8490/8543 daripada 4.8508/8553 semasa ditutup pada Jumaat.

    Ringgit meningkat berbanding pound Britain pada 5.4968/5030 daripada 5.5229/5283, namun susut berbanding yen kepada 3.5431/5468 darripada 3.5354/5387. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Ringgit Dibuka Rendah "