• Ribut Salji Jejas Usaha Cari Pesawat

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Monday, 19 February 2018
    A- A+
    TEHRAN: Ribut salji yang melanda kawasan pergunungan di Zagros, Iran memaksa usaha pencarian pesawat terhempas yang mengorbankan 66 penumpang ditangguhkan.

    Pasukan Palang Merah berkata, sebanyak 45 pasukan dihantar ke kawasan Gunung Dena yang terletak di barat daya Zagros tetapi sehingga kini tiada sebarang petanda lokasi bangkai pesawat terbabit.

    "Kawasan pergunungan sukar dilalui dan agak mustahil untuk menggunakan helikopter disebabkan keadaan kabus tebal, salji dan hujan," kata ketua bantuan dan penyelamat, Morteza Salimi.

    Pesawat EP3704 Penerbangan Aseman dilaporkan hilang dari radar selepas 45 minit berlepas dari Tehran.

    Penumpang yang berada di dalam pesawat itu termasuk seorang kanak-kanak serta enam kru penerbangan.

    Insiden itu adalah bencana ketiga yang menimpa Iran dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan selepas gempa bumi mengorbankan sekurang-kurangnya 620 orang di Kermanshah pada November lalu.

    Selain itu, 30 anak kapal warga Iran dilaporkan hilang dalam kejadian pelanggaran kapal tangki minyak di luar pantai timur China, bulan lalu. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Ribut Salji Jejas Usaha Cari Pesawat "