• Restoran Dinamakan Sempena Raja Dadah Dikecam

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Thursday, 8 February 2018
    A- A+


    SINGAPURA - Kedutaan Colombia membuat aduan kepada kepada kerajaan Singapura selepas sebuah restoran di republik tersebut memberikan 'penghormatan' kepada penjenayah paling teruk dalam sejarah Colombia.

    Straits Times melaporkan, kedutaan Colombia menghantar aduan tiga muka surat yang mengatakan pihaknya tidak boleh bertolak-ansur dengan penghormatan terhadap raja dadah, Pablo Escobar.

    "Kami mahu mengingatkan kecelakaan yang telah ditimbulkan penjenayah ini di Colombia termasuk penagihan dadah dan perang diatur olehnya.

    "Jika idea pemilik untuk membuatkan perniagaannya nampak 'trendy', ini akan menimbulkan kekeliruan," kata kedutaan Colombia.

    Wartawan AFP yang melawat restoran bernama 'Pablo Escobar' terbabit mengatakan pelanggan dilayan dengan normal dan tidak menyedari kontroversi membabitkan individu tersebut.

    Pemilik, Stan Sri Ganesh mengatakan dia memilih 'Pablo Escobar' kerana ada perkataan 'Bar' dalam nama berkenaan.

    Melalui Facebook, restoran tersebut juga mengatakan akan mengambil tindakan terhadap kontroversi yang timbul dengan melakukan penjenamaan semula.

    "Kami menegaskan yang kami tidak berniat untuk mengagungkan atau menyokong perbuatan Pablo Escobar," kata kenyataan restoran berkenaan di laman sosial.

    Escobar maut ditembak polis di kubunya di Medellin, 20 tahun lalu dianggap sebagai 'penyelamat' atau 'anti-hero' oleh rakyat tempatan.

    Rangkaian saluran Netflix pula menghasilkan drama 'Narcos' yang didakwa mempopularkan Escobar sebagai seorang ikon. - SinarHarian

    Subjects:

  • No Comment to " Restoran Dinamakan Sempena Raja Dadah Dikecam "