• Remaja Kantoi Mengandung

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Sunday, 4 February 2018
    A- A+

    Remaja perempuan berusia 17 tahun mengandung 22 minggu hasil hubungan terlarang dengan teman lelakinya sejak Ogos tahun lalu.

    Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, kejadian itu terbongkar selepas mangsa membuat pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Batu 6 Kuala Kedah, hari ini.

    Menurutnya, pihaknya menerima maklumat itu pada 4.50 petang selepas dihubungi doktor yang merawat mangsa memaklumkan remaja itu mengandung.

    "Susulan itu mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk pemeriksaan lanjut.

    "Soal siasat mendapati mangsa sudah melakukan hubungan terlarang itu dengan suspek berusia 20-an sejak Ogos tahun lalu di Langkawi," katanya.

    Mohd Rozi berkata, siasatan juga mendapati suspek berasal dari Langkawi dan usaha mengesannya sedang dijalankan.

    "Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Remaja Kantoi Mengandung "