• Rayong Gesa Masyarakat Cina Sokong Abang Jo, BN

    Published: Monday, 26 February 2018
    A- A+

    ENGKILILI: Masyarakat Cina perlu bersatu dan menyokong kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta Barisan Nasional (BN) untuk kestabilan politik berpanjangan kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa.

    Beliau berkata, kaum kedua terbesar di negeri ini selepas masyarakat Dayak itu, tidak boleh berterusan menjauhi apatah lagi mempunyai sikap pendendam.

    Memetik laporan Utusan Borneo, ini kerana menurutnya, secara tidak langsung menjadikan suara mereka lemah ketika menuntut hak daripada kerajaan.

    “Maka itu, apa sahaja sentimen yang cuba dimainkan di media sosial atau berita yang disampaikan secara lisan perlu dinilai sedalam-dalamnya dan penuh penelitian kerana kita tidak harus membiarkan diri terus dimanipulasi orang lain,” katanya.

    Dr Rayong memberitahu, masyarakat Cina terutama di DUN Engkilili walaupun merupakan kaum minoriti namun segala keperluan dan hak mereka tidak pernah diabaikan seperti kaum Iban dan Melayu.

    “Saya adalah wakil rakyat kepada semua kaum yang terdapat di DUN ini dan setiap permintaan anda terutama dalam pengagihan pembangunan dan geran MRP tidak akan diabaikan...biar sama sedikit asal semua menikmatinya kerana ia hak anda sebagai pengundi dan penduduk Engkilili.

    “Harus diingat Allahyarham Tok Nan semasa hayatnya kerap berkata bahawa kaum Cina bukan pendatang dan ia turut diperakui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di peringkat persekutuan,” ujarnya.

    Beliau berharap agar masyarakat Cina bersamasama kerajaan menggembleng tenaga dan buah fikiran serta membuang jauh perasaan dianaktirikan kerana semua kita adalah penduduk Sarawak dan rakyat Malaysia.

    Dr Rayong turut mengingatkan, sentimen negatif yang dimainkan pembangkang hanya bertujuan memancing undi untuk mereka sahaja. – Sarawakiana
  • No Comment to " Rayong Gesa Masyarakat Cina Sokong Abang Jo, BN "