• Rasa 'Dipaksa' Pakai Tudung, Wanita Iran Protes

    Published: Thursday, 8 February 2018
    A- A+

    PAKAI tudung dengan pilihan atau paksaan?

    Mungkin di Malaysia isu mengenakan tudung ini tidak begitu ekstrem tetapi tidak di beberapa negara lain.

    Baru-baru ini, terdapat beberapa wanita di Iran yang merasakan mereka dipaksa memakai tudung, telah menganjurkan satu kempen iaitu 'Hari Tidak Berhijab', menurut Mail Online.

    Kempen ini diadakan sebagai tindak balas kepada kempen Hari Hijab Sedunia yang telah diadakan pada 1 Feb lalu dengan hashtag #NoHijabDay.

    Kumpulan wanita Iran itu telah merakam video mereka bertudung lalu menanggalkan tudung itu selain membakar di khalayak ramai.

    Malah, video dan gambar itu tular selepas dimuat naik di laman Twitter dan menerima pelbagai reaksi netizen.

    Seorang pengguna Twitter, @redhandedjill, berkata kebanyakan orang yang dikenalinya yang memakai hijab adalah baik-baik belaka. Namun, bertudung atau tidak, "kita semua manusia yang membuat kesilapan."

    Pergerakan protes di Iran menentang pemakaian tudung sudah bermula sejak revolusi Islam pada 1979 lagi. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Rasa 'Dipaksa' Pakai Tudung, Wanita Iran Protes "