• Ramai-Ramai Serbu Stadium Negeri Petang Esok

    Published: Thursday, 1 February 2018
    A- A+

    Pengurus Pasukan Sarawak Abdul Wahab Rahim menegaskan perlawanan pertama sangat penting bagi mana-mana pasukan dan Sarawak tidak rela berputih mata di laman sendiri.

    Sehubungan itu, beliau menggesa penyokong Sarawak untuk memenuhi Stadium Negeri petang esok sebagai tanda sokongan terhadap pasukan itu dalam perlawanan pembukaan menentang Kuantan FA dalam saingan Liga Premier 2018.

    Memetik laporan Utusan Borneo, menurutnya, sokongan padu penyokong sangat penting bagi menaikkan semangat pemain selain mewujudkan tekanan terhadap lawan.

    "Penyokong merupakan pemain ke-12 dan menjadi tulang belakang kepada kejayaan sesebuah pasukan bola sepak.

    "Saya menyeru kepada semua peminat untuk hadir beramai-ramai ke Stadium Negeri untuk sama-sama memberi sokongan padu kepada pemain," katanya.

    Beliau turut melahirkan keyakinan Sarawak mampu melakar kemenangan pertama dengan sokongan padu penyokong.

    Sarawak akan menerima kunjungan Kuantan FA pada jam 4.15 petang esok.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Ramai-Ramai Serbu Stadium Negeri Petang Esok "