• Pusat Pemunggahan Ikan Termasuk Blok Rumah Sewa Musnah Dalam Kebakaran

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 16 February 2018
    A- A+

    BINTULU : Sebuah pusat pemunggahan ikan nelayan tempatan dan dua blok rumah sewa antara yang musnah dalam kebakaran di Kampung Haji Ismail, Kuala Tatau dekat sini petang tadi.

    Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, kebakaran melibatkan pusat pemunggahan ikan para nelayan yang turut dijadikan tempat penyimpanan LPG di bahagian belakang dalam bangunan yang sama telah musnah sama sekali.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kebakaran tersebut turut memusnahkan dua buah blok rumah sewa,

    Selain itu katanya, sebuah rumah sarang burung struktur separa kekal terbakar, sebuah motosikal dan juga sebuah perahu yang berdekatan turut terbakar seratus peratus.

    Menurutnya, jentera Bomba menghadapi kesukara untuk masuk ke tempat kejadian disebabkan laluan sempit.

    "Jentera dipakirkan di laluan jalan utama dengan jarak 1 Kilometer dari struktur kebakaran.

    "Anggota menggunakan pam angkut dan sumber air sungai berdekatan," jelasnya.

    Beliau menambah, hasil daripada maklumat saksi, api bermula dari bahagian penyimpanan LPG sebelum memusnahkan struktur bangunan dan merebak ke blok bersebelahan.

    "Bagaimanapun kebakaran itu tiada melibatkan sebarang kecederaan dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Pusat Pemunggahan Ikan Termasuk Blok Rumah Sewa Musnah Dalam Kebakaran "