• Pulanglah Ke Sarawak Tenaga Kerja Mahir Di Luar Negara

    Published: Wednesday, 28 February 2018
    A- A+

    Kerajaan Sarawak pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg giat menyusun dasar yang akan menjana peluang pekerjaan yang banyak khusus untuk anak negeri ini.

    Menurut Abang Johari, kerajaan sedang merangka dan menyusun segala ekosistem yang lengkap untuk persediaan pakar-pakar yang terdiri daripada anak Sarawak untuk mengisi kekosongan jawatan yang bersesuaian dengan kemahiran masing-masing.

    Ini termasuk peluang tenaga mahir yang bekerja diluar Sarawak kembali menyumbang tenaga ke negeri asal. Kerajaan memang memerlukan tenaga mahir rakyat Sarawak yang sudah sekian lama berkhidmat di luar.

    Kerajaan BN Sarawak terus menggiatkan segala bentuk aspek ekonomi yang memberi penambahan peluang pekerjaan untuk rakyat Sarawak sekaligus mengurangkan pengangguran serta limpahan tenaga mahir terdiri daripada anak Sarawak bekerja keluar negeri.

    Justeru perhatian kerajaan terhadap peluang pekerjaan dalam negeri dirangka semaksimum mungkin serta ekosistem mencukupi akan lebih menarik minat rakyat negeri ini untuk bekerja.

    Ini sekaligus menggalakkan tenaga mahir rakyat Sarawak diluar supaya kembali menyumbang tenaga dalam memacu ekonomi negeri ke tahap yang lebih baik.

    Pada masa sama, membina ekonomi rakyat dengan meningkatkan pendapatan lebih tinggi sejajar dengan misi menjadikan Sarawak sebagai negeri maju pada tahun 2030.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Pulanglah Ke Sarawak Tenaga Kerja Mahir Di Luar Negara "