• Pulangkan Telefon Tertinggal Dalam Kereta, Pemandu Grab Dibelasah Penumpang

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 15 February 2018
    A- A+

    Malang nasib seorang pemandu Grab dibelasah dan dipaksa mencuri telefon bimbit penumpangnya, sedangkan bukan itu kejadian yang sebenar.

    Lapor Inquirer, pemandu Grab dari Filipina bernama Armando Yabut, menjemput dan menghantar seorang penumpang lelaki ke destinasi. Bagaimanapun, telefon bimbit lelaki terbabit tertinggal di dalam keretanya.

    Menyedari perkara itu, Armando melaporkan perkara itu kepada pihak Grab bagi mengesan penumpang berkenaan agar telefon bimbit itu dapat dipulangkan kepada pemiliknya.

    Armando kemudian menghubungi penumpangnya, Jinno John Simon dan mereka bersetuju untuk berjumpa di rumahnya di Bandar Quezon.

    Malangnya, apabila Armando tiba di rumah tersebut untuk mengembalikan telefon bimbit tersebut, Simon menuduhnya mencuri telefon itu dan mula memukul Armando.

    Lebih teruk lagi, Simon juga telah memaksa Armando menandatangani sekeping surat yang menyatakan bahawa dia mengaku telah mencuri telefon Simon dan akan membayar gantirugi.

    Difahamkan, Armando terpaksa menandatangani surat tersebut selepas Simon menggugut mahu mengancam isterinya yang sedang sarat mengandung.

    Dalam sidang media Selasa lalu, Armando telah mendedahkan identiti Simon dan kini dia mahu memfailkan saman terhadap lelaki berkenaan yang bekerja sebagai artis tatu, atas dakwaan menyerang dan menyebabkan kecederaan pada dirinya.

    Namun, menurut peguam Armando, Simon telah menghilangkan diri selepas kejadian itu.-The Reporter

    Subjects:

  • No Comment to " Pulangkan Telefon Tertinggal Dalam Kereta, Pemandu Grab Dibelasah Penumpang "