• #PRU14: Wan Junaidi Akur Jika Tidak Dicalon Semula

    Reporter: Yusz Man
    Published: Monday, 19 February 2018
    A- A+

    Penyandang kerusi Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengakui beliau akan akur sekiranya pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) mahu meletakkan calon baharu menggantikannya  pada Pilihanraya Umum ke-14 yang akan datang tidak lama lagi.

    Bagaimanapun, beliau juga bersedia sekiranya masih dipilih untuk kekal bertanding di kawasan Parlimen Santubong jika diberikan kepercayaan sekali lagi.

    Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, pemilihan calon BN Sarawak bagi kerusi yang disandangnya itu tidak memperlihatkan calon yang selayaknya menggantikan tempat beliau sebagai wakil rakyat kawasan terbabit.

    Memetik laporan akhbar Utusan Borneo, beliau telahpun menjadi wakil rakyat selama 28 tahun menyatakan bahawa dirinya sudah sedia seandainya keputusan pucuk kepemimpinan BN mahu meletakkan calon baharu menggantikannya.

    "Orang boleh bercakap apa sahaja mereka suka tapi kena tunggu hari penamaan calon, baharu kita tahu siapa yang akan berlawan.

    "Saya tidak kisah apa sahaja laporan (berkenaan calon kerusi Parlimen Santubong) dan jika BN ada calon lebih baik, saya akan mengundurkan diri.

    "Sudah menjadi budaya dalam parti, jika saya tidak dipilih, tiada isu sama ada untuk saya tidak bersetuju," katanya .- Sarawakiana
  • No Comment to " #PRU14: Wan Junaidi Akur Jika Tidak Dicalon Semula "