• PRU14 : TPM Beri Bayangan KDN Lebih Sibuk April Ini

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Thursday, 8 February 2018
    A- A+

    Timbalan Perdana Menteri memberi bayangan Pilihan Raya Umum (PRU14) diadakan selepas April.

    Katanya ini kerana urusan kerja Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menjadi lebih sibuk pada bulan itu.

    Bagaimanapun beliau tidak menyatakan spesifik tentang perkara itu, hanya menjelaskan yang kementerian tersebut akan mengadakan perhimpunan bulanan KDN seperti biasa setiap bulan.

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bergambar kenangan bersama kakitangan KDN pada Perhimpunan Bulanan KDN di Putrajaya

    “KDN akan mengadakan himpunan setiap bulan, bulan Mac mungkin lebih sibuk dan bulan April mungkin lebih sibuk sedikit lagi,” katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Bulanan di Putrajaya, Khamis.

    Teka-teki bila PRU14 menjadi isu utama yang diperkatakan orang ramai apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi gambaran PRU14 mungkin diadakan sebelum 14 Julai tahun ini.

    Tempoh mandat Kerajaan Persekutuan yang diterajui Barisan Nasional akan berakhir 24 Jun 2018.

    Dalam pada itu, Ahmad Zahid menggesa supaya warga KDN untuk meningkatkan mutu perkhidmatan mereka dan membuat lonjakkan untuk berada dihadapan.

    “Oleh demikian dalam himpunan setiap bulan KDN, kita perlu melihat kepada diri sendiri dengan buat self criticism disamping kita melakukan beberapa lonjakan untuk berada dihadapan.

    “Kita tahu Strategi Lautan Biru (NBOS) adalah merupakan fasa pertama dalam usaha Perdana Menteri bagi melakukan transformasi dalam beberapa bidang. Kini Strategi Lautan Biru ini telah berada di fasa kedua iaitu lonjakan NBOS, ertinya kita perlu melakukan lonjakan yang lebih daripada sekarang,” ujarnya lagi. - BNBCC

    Subjects:

  • No Comment to " PRU14 : TPM Beri Bayangan KDN Lebih Sibuk April Ini "