• PRU14: Dr Sim Nafi Riot Digugurkan

    Published: Tuesday, 27 February 2018
    A- A+

    Setiap kali pilihan raya sudah pasti pelbagai spekulasi timbul bukan sahaja melibatkan tarikh tetapi turut mencakupi calon bertanding.

    Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot turut tidak terkecuali terkena tempias spekulasi bakal digugurkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Memetik laporan Bernama, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian menafikan timbalan presiden SUPP yang juga Menteri Sumber Manusia itu digugurkan.

    "Pilihan raya akan diadakan tidak lama lagi dan kita tiada masa untuk menggugurkan...kita perlu bekerjasama untuk menjadi lebih kuat bagi menghadapi pilihan raya.

    "Kita bukan hanya mahu SUPP menjadi kuat tetapi kita juga perlu mengukuhkan kestabilan politik Sarawak," katanya.

    Selain Serian, SUPP diperuntukkan kerusi parlimen Bandar Kuching, Stampin, Sibu, Lanang, Sarikei dan Miri.-Sarawakiana




    Subjects:

  • No Comment to " PRU14: Dr Sim Nafi Riot Digugurkan "