• Program KJM Perlu Libatkan Setiap Lapisan Masyarakat

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Monday, 5 February 2018
    A- A+

    KUCHING: Menteri Muda Utiliti Dr Abdul Rahman Junaidi berharap Kawasan Kejiranan Mesra (KJM) di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dapat melaksanakan program dirancang dengan sebaik mungkin demi manfaat masyarakat secara keseluruhan.

    Kawasan DUN tersebut melibatkan Pantai Damai, Demak Laut, Tupong, Samariang dan Satok.

    Beliau berkata, setiap program yang dirancang KJM perlu melibatkan pelbagai peringkat masyarakat.

    Malah menurutnya, masyarakat juga perlu terlibat secara langsung dengan program yang dirancang termasuk membaitkan agensi kerajaan.

    "Saya berharap semua gabungan KJM yang ada di lima DUN dapat melaksanakan program yang telah diatur.

    "Saya difahamkan pelbagai aktiviti dirancang dengan melibatkan pelbagai peringakat masyarakat," katanya pada Majlis Penangguhan Bengkel Pemerkasaan KJM 2018 anjuran DBKU hari ini.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai menjelaskan, matlamat DBKU mewujudkan KJM bukan hanya untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan tetapi juga bagi melahirkan pemimpin akar umbi.

    "Ia juga secara tidak langsung dapat meningkatkan jati diri pemimpin KJM dan membuka minda komuniti tentang sikap ambil berat DBKU terharap kesejahteraan komuniti," ujarnya.

    Menurutnya lagi, setiap KJM juga digalakkan membawa seberapa banyak agensi kerajan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam aktiviti yang dirancang.-Sarawakiana





  • No Comment to " Program KJM Perlu Libatkan Setiap Lapisan Masyarakat "