• Profesor Universiti Oxford Dituduh Rogol Dua Wanita

    Published: Saturday, 3 February 2018
    A- A+
    PARIS: Seorang cendekiawan Islam, Tariq Ramadan berdepan tuduhan rogol selepas dua wanita mendakwa profesor dari Universiti Oxford itu menyerang mereka di sebuah bilik hotel pada 2009 dan 2012.

    Tariq, ditahan polis pada Rabu lalu dan didakwa dengan dua pertuduhan, iaitu merogol serta merogol individu yang lemah.

    Pengadu ialah seorang rakyat Switzerland dan cucu kepada pengasas Gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir.

    Kes membabitkan cendekiawan terkenal itu menyebabkan masyarakat Islam di Eropah mula berpecah, manakala barisan pengikut dan peguam pembela pula menegaskan ia adalah cubaan untuk menjatuhkan Tariq.

    Menurut pengkritik, Tariq mengamalkan pendekatan yang agak radikal apabila membincangkan isu mengenai masyarakat Islam di Asia Barat, walaupun sering kelihatan sederhana dan lemah lembut apabila diwawancara dalam program televisyen.

    Beliau ialah individu paling berpengaruh yang ditahan di Perancis setakat ini atas pertuduhan rogol dan serangan seksual.

    Bapa kepada empat anak itu menafikan semua tuduhan yang dikemukakan dua wanita berkenaan. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Profesor Universiti Oxford Dituduh Rogol Dua Wanita "