• Produk Tempatan Sarawak Kini Boleh Dibeli Di Jalan TAR Kuala Lumpur

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Wednesday, 7 February 2018
    A- A+

    Sarawak yang mempunyai kepelbagaian etnik sudah pasti mempunyai banyak pilihan produk tempatan termasuk pertanian, pembuatan, keseniaan dan fesyen.

    Bagi mereka yang menetap di Semenanjung Malaysia mungkin sukar untuk mendapatkan produk Sarawak kerana perlu datang ke negeri ini.

    Namun sekarang semuanya menjadi mudah dengan pembukaan Sarawak Produk Pavilion (SPP) di Jalan TAR Kuala Lumpur dengan majlis pra perasmian disempurnakan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hari ini.


    Awang Tengah berkata, SPP merupakan pusat jualan sehenti untuk produk Sarawak di lokasi strategik di Kuala Lumpur berkonsepkan 'showcase' yang dihubungkan terus ke platform e-dagang.

    "Kerajaan persekutuan dan negeri menekan secara khusus tumpuan dalam bidang usahawan kecil ini kerana ia dapat menyumbang kepada ekonomi negara dalam pelbagai sudut," katanya.


    Hadir sama Menteri Muda Pembangunan Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) Datuk Naroden Majais, Menteri Muda Utili Dr Abdul Rahman Junaidi, Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datuk John Sikie Tayai, Menteri Muda Perindustrian dan Pelaburan Malcolm Mussen Lamoh serta Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Henry Sum Agong.

    Beliau yang juga Menteri Perindustrian dan Pembangunan Usahawan menjelaskan, transformasi e-dagang turut diberi perhatian oleh kerajaan bagi meningkatkan lagi bilangan usahawan yang boleh bersaing hingga ke peringkat global.

    Mengulas lanjut mengenai penubuhan SPP menurutnya, kewujudan SPP menjadi platform untuk memasarkan produk tempatan ke pasaran luar negara.


    "Ia akan melibatkan semua usahawan dan graduan yang terlibat dengan bidang ini (keusahawanan).

    "Kita boleh lihat sekarang, usahawan yang berjaya mengeluarkan produk berkualiti semakin meningkat termasuk dalam aspek pembungkusan," ujarnya.

    Usahawan yang berminat memasarkan produk perlu mendaftar kepada SPP terlebih dahulu.-Sarawakiana

  • No Comment to " Produk Tempatan Sarawak Kini Boleh Dibeli Di Jalan TAR Kuala Lumpur "