• PPM Rampas Bubu Udang

    Published: Thursday, 22 February 2018
    A- A+


    JOHOR BAHRU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 Johor merampas sebanyak 21 bubu udang di perairan Sungai Rengit, Kota Tinggi, petang semalam.

    Komandernya, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang, berkata, rampasan itu dilakukan bermula jam 2 hingga 6 petang.

    "Rampasan dilakukan bot ronda RH58 dan RH59 yang menjalankan Ops Pensura di kawasan berhampiran.

    "Bubu udang itu terpaksa dirampas bagi memelihara khazanah dan ekologi laut daripada kaedah penangkapan ikan yang boleh menggugat alam semula jadi.

    "Semua rampasan itu diserahkan kepada Jabatan Perikanan untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " PPM Rampas Bubu Udang "