• Polis Siasat Rakaman Viral CCTV Kes Gaduh

    Reporter: Yusz Man
    Published: Thursday, 22 February 2018
    A- A+


    KOTA KINABALU: Polis menyiasat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pergaduhan sekumpulan lelaki di pusat bandar berhampiran Bulatan Todak yang viral di media sosial.

    Video berdurasi 57 saat itu merakamkan kejadian berlaku jam 10 malam pada 12 Februari lalu dan memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh serta membelasah dua lelaki lain di kawasan itu.

    Difahamkan, video itu viral di Facebook dan aplikasi WhatsApp, sejak semalam.

    Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata pihaknya menyedari rakaman video daripada CCTV itu viral di laman sosial namun setakat ini belum ada laporan rasmi dibuat oleh mana-mana pihak.

    "Bagaimanapun, risikan dan siasatan sedang dilakukan polis," katanya menerusi kenyataan di Facebook Polis Kota Kinabalu, hari ini.

    Sehubungan itu, Chandra meminta saksi atau mangsa kejadian tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Polis Siasat Rakaman Viral CCTV Kes Gaduh "