• Polis Sarawak Lupus Barang Kes Narkotik Yang Dirampas Tahun Lalu

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Tuesday, 6 February 2018
    A- A+
    Add caption

    KUCHING: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak akan melupuskan kira-kira 899.62 gram (g) dadah yang dirampas sepanjang tahun lalu.

    Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, Datuk Zamani Hamdan berkata, kesemua barang kes yang dirampas itu akan dilupuskan di Kuching Integrated Waste Management Park (KIWMP), Kampung Mambong, Padawan pada pukul 9 pagi, esok.

    "Sebanyak tujuh barang rampasan akan dilupuskan melibatkan 784.95g syabu, 3.86g ganja, 4.6g ketamin, 8.61g pil ecstacy, 2.53g erimin 5, 95.07g pil nospan dan 25.5kilogram botol urine.

    "Kesemua nilai pelupusan barangan kes itu dianggarkan sebanyak RM138,000," katanya ketika sidang akhbar di IPK Sarawak sebentar tadi. - K! ONLINE
  • No Comment to " Polis Sarawak Lupus Barang Kes Narkotik Yang Dirampas Tahun Lalu "