• Polis Filipina tembak mati 10 pengedar dadah

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 23 February 2018
    A- A+
    MANILA 23 Feb. - Pasukan polis Filipina menembak mati 10 suspek pengedar dadah dan menahan 63 yang lain dalam berpuluh-puluh operasi di dilakukan di wilayah Bulacan, utara Manila yang bermula dari Rabu lalu sehingga pagi semalam.

    Ketua Polis Bulacan, Romeo Caramat berkata, 10 suspek ditembak dari lapan pekan berasingan menerusi 45 operasi.

    Jelasnya, operasi itu menyaksikan anggota polis menyamar sebagai pembeli dadah untuk mendekati kumpulan pengedar.

    “Turut dirampas dalam kesemua serbuan itu adalah senjata api dan 270 bungkusan dadah,” katanya. – REUTERS/Utusan

    Subjects:

  • No Comment to " Polis Filipina tembak mati 10 pengedar dadah "