• Polis Buru Netizen Hina Menteri Sebagai Pelacur

    Reporter: Admin
    Published: Sunday, 18 February 2018
    A- A+
    KUCHING: Polis sedang menyiasat satu kes berkaitan seorang lelaki yang menghina Menteri Di Pejabat Perdana Menteri Dato Sri Hajah Nancy Syukri sebagai seorang pelacur di media sosial hari ini.

    Difaham, laporan polis dibuat oleh lelaki, pengamal media berusia 47-tahun dari Kuching di One-Stop Centre, Simpang Tiga pada sebelah pagi tadi.

    Beliau mendakwa melihat seorang pengguna media sosial yang menggunakan nama FB Lie Willies pada 17hb Febuari telah memaparkan poster Dato Sri Hajah Nancy Syukri dengan kata-kata, "Bumiputera akan mencuri kalau tidak dibantu kerajaan" dengan status di garismasanya - "Dia ni kalau tak jadi Menteri memang jadi pelacur".

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dato Dev Kumar ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan tersebut.

    "Kita sedang menyiasat kes ini sebagai kes fitnah dibawah seksyen 500 Kanun Kesiksaan dan Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998."

    "Kita juga telah mengenalpasti identiti pemilik akaun Facebook tersebut yang dikatakan mempaparkan status fitnah berkenaan dan akan menahannya untuk soal-siasat," tambahnya lagi.- Sarawakiana
  • No Comment to " Polis Buru Netizen Hina Menteri Sebagai Pelacur "