• PM Umum ‘Malaysia-Singapore Connect’

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 6 February 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan koridor pasaran iaitu ‘Malaysia-Singapore Connect’ yang menyediakan akses kepada pelabur terhadap gabungan pasaran modal bernilai lebih AS$1.2 trilion (RM4.70 trilion)

    Najib berkata, pihak berkuasa kedua-kedua negara akan bekerjasama mengawal selia dalam usaha menubuhkan koridor dagangan itu.

    “Inisiatif ini akan memperluaskan pilihan pelaburan kepada para pelabur seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia juga Singapura,” katanya ketika berucap merasmikan Simposium Pasaran Modal Dunia (WCMS) 2018 di sini hari ini.

    Simposium anjuran Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) itu bertujuan membincangkan tentang cabaran, peluang dan masa depan pasaran kewangan. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " PM Umum ‘Malaysia-Singapore Connect’ "