• PM Beri Bayangan Tarikh PRU-14

    Published: Friday, 2 February 2018
    A- A+

    PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi bayangan mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dengan memaklumkan ia diadakan sebelum 14 Julai ini.

    Perdana Menteri yang berucap semasa program penyerahan surat tawaran Program Khas Haji Perdana Menteri tajaan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu, para peserta yang akan bertolak pada tarikh tersebut akan melepasi dahulu dua peristiwa ‘Raya’.

    “14 Julai bererti bahawa dua peristiwa akan terlepas, Hari Raya Aidilfitri dan satu lagi Hari Raya satu lagi, jadi dua-dua raya, baru tuan-tuan naik haji.

    “Tetapi kita buat lebih awal lagi, lebih awal supaya tuan-tuan semat dalam hati,” katanya ketika berucap di program berkenaan di Masjid Putra di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " PM Beri Bayangan Tarikh PRU-14 "