• PKR Ramal Saingan 50-50 Di Baram

    Published: Friday, 23 February 2018
    A- A+

    Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Baram Roland Engan meramalkan PKR mempunyai peluang 50-50 antara Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Baram pada Pilihanraya Umum (PRU14) akan datang.

    Memetik laporan The Borneo Post, Roland menegaskan beliau yakin bahawa pengundi Baram akan menyokong PKR pada PRU kali ini.

    "Saya percaya rakyat Baram mahu jadi sebahagian daripad perubahan politik yang berlaku di negara kita. Kami konsisten dengan perjuangan dan rakyat bersedia memberi peluang kepada PKR,"

    Tambah Roland lagi, beliau telah mendapat maklum balas positif daripada rakyat melalui semua kerja kempennya selama ini.

    "Rakyat Baram sangat matang dan tidak boleh dimanipulasi menggunakan propaganda murahan," ujarnya.

    Pada PRU lalu, Roland kalah tipis kepada Anyi Ngau dari Barisan Nasional (BN) yang memperoleh 9,182 undi daripada 8,988 undi. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PKR Ramal Saingan 50-50 Di Baram "