• Pilu Ibu Bapa Sambut Keranda Anak Di Lapangan Terbang

    Published: Thursday, 1 February 2018
    A- A+


    SUKAR digambarkan suasana pilu di Lapangan Terbang Manchester apabila kedua ibu bapa Amelia Blake hanya menerima kerandanya.

    Amelia ,22, dilaporkan dibunuh oleh teman lelakinya yang dianggap obses dan khuatir gadis itu akan meninggalkan Australia.

    Blake dan teman lelakinya, Brazil Gurung kelahiran Nepal tinggal bersama di sebuah apartment dia Sydney.

    Gurung seorang lelaki yang dianggap 'pelik' oleh kawan-kawan Amelia dan sentiasa meminta wang daripadanya untuk membeli dadah.

    Pihak polis percaya pada kejadian yang berlaku 12 Januari lalu, mangsa meninggalkan dunia akibat kecederaan serius di bahagian kepala.

    Selepas membunuh Amelia, lelaki itu membunuh dirinya.

    Pemilik rumah sewa itu menemui kedua-dua mayat itu.

    Menurut kenyataan keluarga Amelia, mereka begitu terkejut dengan kematiannya anaknya itu.

    Gurung disyaki membunuh Amelia kerana bimbang dia akan ditinggalkan.

    "Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu dan simpati ketika dalam situasi sukar ini.

    "Amelia yang suka melancong dibunuh sebelum dia pulang ke rumahnya selepas hampir lapan bulan di Australia.

    Amelia bertemu dengan teman lelakinya itu ketika dia bekerja separuh masa sebagai pelayan di sebuah restoran, manakala Gurung merupakan chef di situ.

    Subjects:

  • No Comment to " Pilu Ibu Bapa Sambut Keranda Anak Di Lapangan Terbang "