• Petros Jalin Kerjasama Erat Dengan Petronas Teroka Industri Minyak, Gas Sarawak

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 19 February 2018
    A- A+

    KUCHING: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian bekata kerajaan negeri berpendapat kerjasama antara Syarikat minyak dan gas milik kerajaan negeri, Petroleum Sarawak (Petros) dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) mampu menjana lebih banyak pendapatan selain mendatangkan peluang yang lebih luas untuk rakyat dan negeri Sarawak.

    Menurutnya, Petros akan menjalinkan kerjasama dengan Petronas dalam meneroka industri minyak dan gas di negeri ini.

    Memetik laporan Utusan Borneo, katanya, Petros tidak akan menjadi kontraktor kepada Petronas, sebaliknya akan bekerjasama erat dengan syarikat minyak negara itu.

    “Banyak usaha atau agenda telah dilakukan dan dilaksanakan Abang Johari misalnya, penubuhan Petros, Bank Pembangunan Sarawak (DBOS), cadangan pembinaan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dan sebagainya untuk kepentingan rakyat negeri ini,” ujarnya.

    Dr Sim yang juga presiden SUPP berkata, Sarawak kini kukuh dan tidak memerlukan pembangkang untuk mentadbirnya.

    “Oleh itu, sempena tahun baharu ini saya berharap rakyat Sarawak terus bersatu padu dan memberi sokongan kepada kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir negeri ini bahkan negara pada Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya. – Sarawakiana
  • No Comment to " Petros Jalin Kerjasama Erat Dengan Petronas Teroka Industri Minyak, Gas Sarawak "