• Pesawat Patah Balik Ada Penumpang Bogel

    Published: Friday, 9 February 2018
    A- A+

    SEBUAH pesawat terpaksa berpatah balik selepas seorang lelaki membuka pakaiannya dan berkurung di dalam tandas.

    Kru pesawat penerbangan Alaska Airlines mendapati penumpang yang berbogel itu mengunci dirinya dalam tandas pesawat selepas dia dilaporkan tidak mahu mengikut arahan dari kru.

    Penerbangan itu membawa 178 orang ketika berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ted Stevens Anchorage di Alaska ke Seattle pada Rabu, tetapi terpaksa berpatah balik.

    Polis Lapangan Terbang Sarjan Darcey Perry memberitahu KTVA: "Ada subjek dalam pesawat yang mengurung dirinya di dalam tandas.

    "Pembantu penerbangan mendapati bahawa subjek itu berbogel."

    Jurucakap Alaska Airlines memberitahu media AS bahawa penerbangan itu berpatah balik disebabkan penumpang yang tidak mengikut arahan kru penerbangan."

    Tim Thompson dalam satu e-mel berkata: "Walaupun tidak ada isyarat kecemasan diisytiharkan, juruterbang membuat keputusan untuk kembali ke Anchorage.

    "Penerbangan 146 tiba di Anchorage kira-kira jam 2.45 pagi dan ditemui oleh pegawai penguatkuasa undang-undang di pintu masuk. Penumpang berkenaan dikawal oleh pegawai penerbangan."

    KTVA melaporkan lelaki itu disoal siasat oleh FBI tetapi tiada tuduhan difailkan terhadapnya.

    Jurucakap Peguam Negara berkata lelaki itu dibawa ke hospital untuk penilaian kesihatan mental menurut laporan.

    Penumpang Kate Danyluk memberitahu CBS News dia mendengar bahawa lelaki itu telah membuka pakaiannya dan fikirannya tak waras."

    "Polis datang dan membawanya keluar ikut pintu belakang.

    "Saya lebih suka kembali ke Anchorage daripada ada sesuatu yang berlaku."- mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Pesawat Patah Balik Ada Penumpang Bogel "