• Pertandingan Ratu Cantik Wanita Gemuk

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 27 February 2018
    A- A+

    KHORAT, Thailand – Lebih 100 orang peserta menyertai pertandingan ratu cantik wanita gemuk di bandar Nakhon Ratchasima, dekat sini baru-baru ini.

    Dikenali sebagai Ratu Cantik Jumbo, acara tahunan itu sebenarnya turut bertujuan mempromosikan kempen pemuliharaan gajah.

    Beberapa keping gambar menunjukkan peserta bersiap sedia di belakang pentas, menuruni tangga bergerak dan menggayakan busana yang dipakai di pentas peragaan.

    Setiap peserta yang ingin menyertai pertandingan itu perlu memiliki berat badan sekurang-kurangnya 80 kilogram (kg).

    Para juri pula akan menilai pemenang berdasarkan semangat, keanggunan dan kebesaran tubuh ‘seperti seekor gajah’.

    Tahun ini, peserta bernama Kwanrapee Boonchaisuk yang mempunyai berat 104.8kg dimahkotakan sebagai Ratu Jumbo 2018 sekali gus digelar ‘Thi Da Chang’ yang bermaksud Anak Perempuan Gajah.

    Kemenangan itu membolehkan Boonchaisuk menjelajah ke seluruh Thailand bagi mempromosikan kepentingan memulihara gajah. 
– Agensi/Kosmo

    Subjects:

  • No Comment to " Pertandingan Ratu Cantik Wanita Gemuk "