• Perpaduan Kaum Di Sarawak Harus Sentiasa Dikekalkan-Mong

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 21 February 2018
    A- A+

    SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan Datuk Mong Dagang berharap semua kaum harus sentiasa mengekalkan perpaduan yang sedia ada di negeri ini.

    Menurutnya, perpaduan antara kaum di negeri ini haruslah sentiasa dipelihara dan dipertahankan, kerana perpaduan yang ada kini mendapat pujian di persada dunia.

    Memetik laporan akhbar Utusan Borneo, dengan adanya sikap saling hormat menghormati antara agama serta adat resam budaya masyarakat lain, sudah pasti negeri dan negara kita ini akan terus makmur tanpa belaku sebarang pertelingkahan.

    “Apa yang kita harapkan isu yang melibatkan perkauman tidak dibangkitkan kerana ia boleh menggugat keamanan dan kemakmuran negara kita.

    “Ini semua hasil kepimpinan para pemimpin negara kita yang sentiasa mencari jalan terbaik untuk membentuk rakyat agar terus mengekalkan perpaduan sedia ada.” katanya.

    Oleh yang demikian, Mong menyeru supaya rakyat di negeri ini amnya agar tidak membangkitkan sentimen kaum, sebaliknya hormat menghormati serta memahami budaya dan agama masyarakat lain demi memperkukuhkan perpaduan.

    Jelas Mong, isu-isu berkaitan sentimen agama harus diselesaikan secara berhemah dalam semua perkara supaya tidak timbul pertelagahan, permusuhan dan ketegangan antara satu sama lain.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa mengadakan kunjungan ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Kapitan Kiew Siew Ted di Taman Pasir Panas,dekat sini baru-baru ini.
  • No Comment to " Perpaduan Kaum Di Sarawak Harus Sentiasa Dikekalkan-Mong "