• Perogol Dan Pembunuh Dibelasah Sampai Mati

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 21 February 2018
    A- A+


    DUA lelaki yang disyaki merogol dan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, telah diheret keluar dari balai polis oleh orang ramai yang kemudiannya memukul suspek hingga mati.

    Ketika kejadian, dianggarkan lebih 1,000 orang menyerbu ke balai polis di bandar Tezu, India, sebelum meminta polis menyerahkan dua suspek berkenaan yang dikenali sebagai Sanjay Sobar dan Jagdish Lohar.

    Apabila polis enggan, mereka masuk ke dalam lokap dan mengheret suspek. Kedua-dua lelaki itu dibogelkan dan diheret di atas jalan sebelum dibelasah hingga mati.

    Mangsa, dilaporkan hilang pada 12 Februari lalu dan mayatnya ditemui di ladang teh yang terletak berhampiran kampungnya.

    Susulan itu polis melancarkan gerakan memburu perogol dan pembunuh tersebut. Dua lelaki berkenaan kemudiannya mengaku melakukan jenayah itu.

    Dalam pada itu, Ketua Menteri, Pema Khandu menyeru penduduk supaya bertenang.

    “Kita adalah penduduk di negara yang hebat yang tertakluk kepada undang-undang. Ia tidak membenarkan kita mengambil tindakan sendiri,’’ kata Pema yang turut menyifatkan jenayah itu sebagai tidak bertamadun. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Perogol Dan Pembunuh Dibelasah Sampai Mati "