• Perkahwinan Sejenis Penentu Pilihan Raya Umum?

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 5 February 2018
    A- A+


    SAN JOSE: Bersetuju atau tidak?

    Perkahwinan sejenis menjadi antara faktor penentu kemenangan calon pilihan raya umum di Costa Rica.

    Presidennya, Luis Guillermo Solis ketika bertemu wartawan antarabangsa selepas mengundi menegaskan Costa Rica perlu membenarkan perkahwinan sejenis.

    Calon Evangelical, Fabricio Alvarado sebelum ini membantah kebenaran itu yang menjadi bahan kempen pada pilihan raya umum kali ini.

    Daripada 13 calon yang bertanding tidak ada seorang pun yang berjaya memperoleh undi melebihi 17 peratus.

    Sekiranya tiada calon yang berjaya memperoleh 40 peratus undi, pilihan raya pusingan kedua akan diadakan 1 April depan melibatkan dua calon yang mendapat undian tertinggi.

    Sebelum ini, mahkamah meminta kerajaan Costa Rica memberikan hak yang sama kepada pasangan gay termasuk isu pengambilan anak angkat.

    Pengundi akan memilih 57 calon sebelum pelantikan wakil Parlimen. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Perkahwinan Sejenis Penentu Pilihan Raya Umum? "