• Perkahwinan Goyah, Victoria Beckham Mengamuk Suami Penting Diri

    Published: Thursday, 1 February 2018
    A- A+


    PERKAHWINAN David Beckham dan Victoria berada dalam krisis apabila dia mahu berpindah ke Miami demi pasukan bola sepaknya di sana.

    Posh, 43, dikatakan dikatakan naik angin mengenai 'keputusan penting diri sendiri' suaminya yang sanggup mengurangkan masa dengannya dan anak-anak.

    Tiga anak pasangan ini, Romeo, 15, Cruz, 12, dan Harper, enam akan terus bersekolah di London, manakala bekas kapten England itu berpindah ke Florida untuk menubuhkan kelab bola sepaknya sendiri dalam Major League Soccer.

    Seorang sumber yang rapat dengan David dan bekas gadis anggota kumpulan Spice Girls itu berkata: "Dia sangat bengang, hatinya hancur luluh dan terkejut besar.

    "Perlu menghabiskan banyak masa berjauhan dari keluarga nyata akan menimbulkan masalah dalam beberapa perkara."

    Pereka fesyen itu, yang perlu mengimbangi komitmen kerjanya di New York, sebelum ini tidak berpuas hati apabila bekas pemain Manchester United itu menandatangani kontrak dengan Real Madrid.

    Sumber itu berkata: "Ini adalah masa yang paling teruk dalam perkahwinan mereka. Dia merasakan David telah membuat satu lagi keputusan mementingkan diri sendiri dengan meletakkan kariernya paling atas."

    David, 42, dan pemilik bersama kelab itu telah melabur sebanyak £18 juta.

    "Setiap kali mereka boleh, mereka akan datang," kata David ketika ditanya tentang keluarga apabila kelab bola sepak itu dilancarkan.

    Bagaimanapun, dakwaan ini bertentangan dengan apa yang ditunjukkan di media sosial.

    Selepas pengumuman itu Victoria telah memuat naik posting pada 29 Januari menulis: "Kami tidak sabar untuk menghabiskan lebih banyak masa di Miami sebagai sebuah keluarga." -TheSunUK


    Subjects:

  • No Comment to " Perkahwinan Goyah, Victoria Beckham Mengamuk Suami Penting Diri "