• Perebutan Di Julau Hanya Akan Pecah Belahkan PRS

    Published: Friday, 9 February 2018
    A- A+

    Pengerusi Parti Rakyat Sarawak (PRS) Cawangan Meluan Nyempah Sabot dikhabarkan masih berusaha untuk melobi di kawasan Parlimen Julau sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum (PRU14) akan datang.

    Memetik laporan The Borneo Post, Ketua Pemuda PRS Pakan, Timothy Julius menggesa Nyempah agar menghentikan tindakan beliau untuk melobi kerana Presiden PRS an Sri Datuk Amar Dr James Masing telah nekad untuk mencalonkan Datuk Joseph Salang bagi mempertahankan kerusi berkenaan.

    "Tindakan beliau boleh menyebabkan parti PRS berpecah belah. Sebagai pemimpin kanan parti beliau seharusnya segera menghentikan tindakannya,"

    "Beliau sepatutnya akur dengan keputusan parti. Sekiranya beliau ingkar, maka beliau sedang berada di zon bahaya dengan bermain api terhadap perpaduan parti," kata Timothy.

    Timothy menambah, selain Salang, Masing telah mengumumkan tiga calon lain bagi mempertahankan kerusi masing-masing.

    Beliau mendakwa tindakan Masing mengumumkan calon yang berpotensi di peringkat awal adalah untuk mengelakan pencalonan yang tidak perlu di kalangan akar umbi.

    "Ia juga untuk tujuan persediaan awal untuk pilihan raya umum," katanya. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Perebutan Di Julau Hanya Akan Pecah Belahkan PRS "