• Perbezaan Pandangan Tidak Harus Ketepi Kepentingan Nasional

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 27 February 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR - "Pandangan-pandangan yang dibuat walaupun terdapat perbezaan, tidak seharusnya mengetepikan kepentingan nasional," kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    Beliau berkata sebaliknya pandangan dan kenyataan yang dikeluarkan khasnya tokoh-tokoh terhormat perlu mengambil kira demografi dan kepelbagaian masyarakat negara ini.

    “Pada hemat saya, kita tidak perlu untuk membangkitkan sesuatu yang boleh menyebabkan sesuatu kumpulan atau seseorang merasa terhentak hati dengan pandangan-pandangan.

    Apabila seseorang itu telah berada di peringkat antarabangsa yang seharusnya dihormati, (beliau) tidak seharusnya memihak kepada satu kumpulan saja,” katanya kepada wartawan ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina Institut Kepimpinan dan Strategi Asia di sini, malam ini.

    Beliau mengulas mengenai isu penulis blog www.malaysia-today.net Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa taikun dan pengasas Kuok Group, Robert Kuok telah menyalurkan dana kepada pihak pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.

    Bagaimanapun, menurut satu laporan, Kuok menafikan dakwaan itu kerana beliau sangat menghormati pemimpin negara dan yakin mereka telah melakukan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat.

    Terdahulu, Ahmad Zahid yang baru tiba di lapangan terbang, selepas pulang dari lawatan kerja rasmi sehari di Terengganu, terus menghadiri sambutan itu.- Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Perbezaan Pandangan Tidak Harus Ketepi Kepentingan Nasional "