• Penunggang Motosikal Terperosok Bawah Kancil

    Reporter: Admin
    Published: Sunday, 11 February 2018
    A- A+
    BETONG : Seorang lelaki mengalami kecederaan dan terperosok dibawah kereta setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya di simpang SK Nanga Ajau, Layar dekat sini.

    Mangsa Peter Nyantang,48, terperosok dibawah kenderaan jenis Produa Kancil setelah motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan kenderaan tersebut.

    Difahamkan kejadian berlaku berhampiran SK Nanga Ajau, Layar, kira-kira jam 9.50 malam tadi.

    Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihak Bomba bertindak menggunakan peralatan RTA iaitu Air Lifting Bag untuk menaikkan kereta seterusnya mengeluarkan mangsa.

    "Mangsa mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital Betong menggunakan kenderaan EMRS," katanya.

    Bagaimanapun pemandu Produa Kancil tidak mengalami kecederaan. - Sarawakiana
  • No Comment to " Penunggang Motosikal Terperosok Bawah Kancil "