• Penguang Gesa Pengundi Melayu Marudi Sokong BN

    Published: Thursday, 15 February 2018
    A- A+

    Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil menggesa pengundi Melayu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Marudi untuk terus menyokong calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi berkata, beliau mengetahui hampir 80 peratus pengundi Melayu akan mengundi BN manakala selebihnya terpengaruh dengan hasutan pembangkang dan individu tertentu yang mempunyai agenda tersendiri.

    "Justeru saya menyeru pengundi Melayu terus mengundi BN kerana sokongan yang baik akan menjadi landasan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi," katanya seperti yang dilaporkan Utusan Borneo.

    Dalam perkembangan sama, beliau memberi jaminan tidak akan mengecewakan masyarakat Melayu di kawasannya dan berjanji akan memberi khidmat sama rata kepada ahli parti komponen Barisan Nasional (BN).

    Malah menurutnya, beliau sentiasa menjada hubungan baik dan kredibiliti dengan masyarakat pelbagai kaum.

    "Begitu juga dalam soal pemberian geran, semua peruntukan di bawah Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada masjid, gereja dan tokong, saya akan melakukannya dengan pembahagian adil berdasarkan keperluan," ujarnya.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Penguang Gesa Pengundi Melayu Marudi Sokong BN "