• Penggodam Serang Sistem Komputer Tentera Singapura

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Thursday, 22 February 2018
    A- A+
    SINGAPURA: Ratusan penggodam menyerang sistem komputer Kementerian Pertahanan Singapura bukan saja untuk meraih hadiah wang tunai malah membuktikan siapa penggodam terbaik.

    Mereka dijemput kementerian bagi menguji keampuhan sistem komputer ketenteraan Singapura selepas kejadian penggodam mencuri data peribadi kira-kira 850 anggota tentera dan kakitangan melalui laman web kementerian itu, tahun lalu.

    Seramai 264 penggodam digelar 'white hat' menyertai program yang bermula pertengahan Januari hingga awal bulan ini dengan ganjaran sehingga AS$14,750 (RM58,000) untuk penggodam terbaik.

    Bagi melaksanakan program itu, kementerian bekerjasama dengan rangkaian keselamatan siber HackerOne, pakar mengendali program memburu pepijat atau kelemahan sistem komputer.

    Menurut kenyataan kementerian itu hari ini, penggodam terbaik ialah Pengurus Keselamatan Siber dari Ernst and Young Singapore, dikenali sebagai Darrel dan menggunakan nama dalam talian, Shivadagger. Dia menerima ganjaran bernilai US$5,000 (RM20,000).

    Seramai 34 penggodam berjaya menemui 97 kelemahan dengan 35 laporan dianggap sah.

    Ketua keselamatan siber kementerian, David Koh, berkata republik ini mempunyai beberapa senjata paling canggih di rantau Asia Tenggara namun berdepan risiko tinggi menjadi sasaran penggodam yang mungkin pelajar sekolah, penjenayah dan perisik. -AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Penggodam Serang Sistem Komputer Tentera Singapura "