• Pengantin Terperangkap Dalam Lif, Nyaris Terlepas Resepsi

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 21 February 2018
    A- A+


    SEORANG pengantin perempuan berkata dia hampir terlepas majlis resepsi perkahwinannya setelah berdepan saat cemas terperangkap dalam lif.

    Dalam kejadian di di Rhode Island, Melissa Rodger berkata dia sedang menuju ke tingkat 18 hotel Providence Biltmore pada Sabtu apabila lif tiba-tiba berhenti dalam jarak empat kaki dari tingkat yang hendak dituju.

    Dia berkata pengapit pengantin memaklumkan suaminya tidak lama kemudian tentang situasi yang sedang berlaku.

    Jabatan bomba dipanggil ke tempat kejadian dan pintu lif dibuka untuk membawa Rodger keluar. Seorang juruteknik kemudian membaiki lif tersebut.

    Proses ini mengambil masa kira-kira 45 minit.

    Rodger berkata majlis itu lewat kira-kira 20 minit dari jadual asal, tetapi segala-galanya berjalan dengan lancar. -AP


    Subjects:

  • No Comment to " Pengantin Terperangkap Dalam Lif, Nyaris Terlepas Resepsi "