• Penganjur Didenda Peserta Tatu Berbogel

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Thursday, 22 February 2018
    A- A+

    PENGANJUR satu festival tatu di Thailand telah didenda kerana membenarkan peserta yang mengambil bahagian berbogel sambil merayau di sebuah pusat beli belah.

    Festival Tayong Tattoo Convention II itu diadakan cuti hujung minggu lalu dan telah menarik perhatian ramai lelaki dan wanita yang merupakan peminat tatu.

    Selain penganjur yang didenda £114 bagi setiap peserta yang berlakuan lucah, ketua polis di situ juga telah dikenakan tindakan disiplin dan ditukar ke bahagian lain kerana memberikan permit untuk penganjuran festival terbabit.

    Peserta berbogel kerana ingin menunjukkan tatu di seluruh badan mereka. Perbuatan peserta lelaki dan wanita itu telah mengakibatkan pengunjung pusat beli belah itu tidak selesa dan marah.

    “Ia langsung tidak sesuai dengan budaya dan tradisi penduduk Thai. Ia sepatutnya diadakan di tempat lain iaitu di tempat di mana hanya mereka sahaja yang ada,’’ kata seorang pengunjung.

    Susulan kes itu, satu jawatankuasa polis telah ditubuhkan bagi menyiasat bagaimana acara terbabit boleh diadakan.

    “Kami memohon maaf kepada orang ramai di atas perbuatan ini. Polis dan pihak pengurusan pusat beli belah langsung tidak tahu mengenai acara ini,’’ kata jurucakap polis. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Penganjur Didenda Peserta Tatu Berbogel "