• Pengadil Sepak Pemain Digantung

    Published: Friday, 2 February 2018
    A- A+

    Pengadil perlawanan Liga Perancis yang menyepak kaki seorang pemain sebelum mengarahkannya keluar padang dikenakan penggantungan selama tiga bulan.

    Tony Chapron terjatuh ke atas padang selepas kakinya secara tak sengaja tersadung pada kaki pemain Nantes Diego Carlos dalam satu insiden perlawanan Ligue 1, bulan lalu.

    Chapron, 45, kemudian membalas dengan menyepak kaki pemain terbabit sebelum mengenakan kad kuning kedua dan mengarahkannya keluar padang.

    Pengadil terbabit digantung selepas itu oleh Jawatankuasa Lembaga Disiplin Liga Perancis, semalam.

    Hukuman terhadap Carlos kemudian dibatalkan atas permintaan Chapron.

    Chapron mengadili perlawanan liga utama Perancis sejak 2004 dan sudah mengendalikan lebih 400 perlawanan sepanjang tempoh itu termasuk final Piala Perancis pada 2014.

    Disebabkan insiden itu juga, dia mengumumkan akan bersara pada penampilan terakhirnya musim ini.-BBC

    Subjects:

  • No Comment to " Pengadil Sepak Pemain Digantung "