• Penduduk Kawasan Rendah Perlu Lebih Berhati-Hati

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Monday, 5 February 2018
    A- A+

    KUCHING: Sebanyak tujuh keluarga di Kampung Sungai Batu dipindahkan ke Pusat Pemindahan Banjir kerana bimbang hujan berterusan bertembung dengan air pasang besar.

    Keadaan tersebut menyebabkan paras air semakin naik terutama di kawasan rendah.

    Menteri Muda Utiliti yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi melawat mangsa banjir baru-baru ini.

    Usaha memindahkan dijalankan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Batu dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    Kesemua mangsa yang dipindahkan menerima sumbangan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Kuching dan APM.

    Dr Abdul Rahman menasihati penduduk di kampung berisiko dilanda banjir supaya lebih berhati-hati dan peka dengan perkembangan cuaca tidak menentu sekarang.

    "Orang ramai terutama dalam kawasan DUN N.4 Pantai Damai dan seluruh negeri haruslah berwaspada dan mendengar nasihat agensi yang bertanggungjawab," katanya.-Sarawakiana





  • No Comment to " Penduduk Kawasan Rendah Perlu Lebih Berhati-Hati "