• Penduduk Kampung Stoh Bakal Nikmati Masjid Baharu

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Saturday, 17 February 2018
    A- A+

    LUNDU: Penantian penduduk Kampung Stoh untuk memiliki masjid baharu bakal menjadi kenyataan dengan majlis pecah tanah Projek Bina Baru Masjid Darul Ibadah berlangsung hari ini.


    Majlis perasmian disempurnakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.


    Wan Junaidi berkata, masjid yang bakal dibina baharu itu dilengkapi infrastruktur asas yang lengkap bagi manfaat semua jemaah masjid.


    Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Jamilah Anu.-Sarawakiana

  • No Comment to " Penduduk Kampung Stoh Bakal Nikmati Masjid Baharu "