• Penduduk 7 Rumah Panjang Tinjar Rayu Baiki Jalan Rosak

    Published: Friday, 23 February 2018
    A- A+

    Penduduk dari tujuh rumah panjang di Sungai Peking, Tinjar, merayu agar kerajaan memperbaiki jalan yang raya yang semakin rosak serta berbahaya kepada pengguna-pengguna terutamanya pada musim tengkujuh ketika ini kerana bukan sahaja licin malah berlopak dan berlubang menyebabkan ia sukar dilalui kenderaan.

    Jalan berkenaan bukan sahaja digunakan penduduk dari rumah-rumah panjang yang berada di kawasan sekitar malah terdapat sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Peking yang juga bergantung kepada jalan tersebut sebagai jalan utama penduduk menghantar anak-anak ke sekolah.

    Memetik laporan akhbar Utusan Borneo, jalan raya Sungai Peking sepanjang 18 kilometer dari Jalan Ladang PJP Ekang-Banyok dan 22 kilometer dari pekan Long Lama itu kini hampir terputus hubungan dengan dunia luar.

    Menurut penduduk kampung yang ditemui berkata, hanya kenderaan pacuan empat roda (4WD) sahaja yang boleh melalui jalan tersebut.

    Jelasnya, jalan tersebut bukan sahaja terdapat banyak lubang malah berlumpur dan berlopak menyebabkan hanya kenderaan 4WD mampu melaluinya dan mudah tersangkut jika tiada ‘pengalaman’ melaluinya.

    Oleh yang demikian, penduduk berharap kerajaaan akan mempertimbangkan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk dan pengguna-pengguna yang menggunakan jalan tersebut.-Sarawakiana
  • No Comment to " Penduduk 7 Rumah Panjang Tinjar Rayu Baiki Jalan Rosak "