• Penangkap Ketam Maut Dibaham Buaya

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Thursday, 22 February 2018
    A- A+
    MANILA: Seorang penangkap ketam maut apabila separuh tubuhnya dibaham buaya air masin, kes terbaru dalam peningkatan bilangan serangan dilakukan reptilia itu di pulau terpencil Filipina, kata polis hari ini.

    Keluarga dan jiran Rebente Ladja, 37, melancarkan usaha mencari selepas beliau tidak pulang ke rumahnya kelmarin selepas memasang perangkap ketam di hutan bakau di pantai Balabac, di pulau Palawan.

    "Mereka menemui mayatnya dalam paya malam itu, dengan buaya besar di tepinya.

    "Ia sudah membaham bahagian atas tubuh mangsa," kata pegawai polis Balabac, Allan Vic Macasil.

    Katanya, ia adalah kali kelima serangan buaya di wilayah itu dalam masa tidak sampai enam tahun.

    Anak saudara perempuan Ladja berusia 12 tahun diheret reptilia itu di kampung berhampiran tiga bulan lalu dan tidak belum ditemui, kata Macasil.

    Buaya juga menggigit seorang wanita di Balabac Oktober lalu tetapi beliau terselamat, manakala dua lagi penduduk di pulau perikanan itu dibunuh reptilia berkenaan sejak 2012.

    Serangan terakhir buaya di wilayah itu berlaku berhampiran bandar Bataraza, di selatan Palawan Disember lalu. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Penangkap Ketam Maut Dibaham Buaya "