• Penambahan Kerusi Parlimen BN Akan Kuatkan Suara Rakyat Sarawak

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Friday, 9 February 2018
    A- A+

    BATU KAWA: Suara rakyat Sarawak di Dewan Rakyat akan lebih kuat sekiranya kita mampu menambah jumlah kemenangan kerusi Parlimen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan  Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

    Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, sekiranya kita kuat, mudah bagi kita memohon lebih peruntukan untuk memajukan negeri kita.

    "Seandainya suara kita lemah, kita hanya mampu menunggu bantuan yang diperuntukkan oleh kerajaan persekutuan," kata beliau ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Larangan Penggunaan Bekas Makanan Polisterin (No Styrofoam) Dan Hari Tanpa Beg Plastik (No Plastic Bag Day) di sini, hari ini.

    Ujarnya, lebih kerusi bermakna lebih enjin. Lebih enjin bermakna lebih banyak yang dapat kita lakukan untuk kemajuan negeri Sarawak.

    "Walaupun jumlah peruntukan diagih mengikut populasi penduduk, sekiranya kita kuat, polisi tersebut sedikit sebanyak dapat di ubah dan ia pasti akan menguntungkan kita.

    "Jadilah pengundi yang bijak dan pastikan pilihan yang dibuat akan mendatangkan kebaikan kepada kita," kata beliau. - Sarawakiana
  • No Comment to " Penambahan Kerusi Parlimen BN Akan Kuatkan Suara Rakyat Sarawak "