• Pemuda PBB Akan Terus Jadi Jentera Utama Pastikan Kemenangan BN

    Published: Friday, 9 February 2018
    A- A+

    KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan terus memainkan peranan sebagai jentera utama dalam memastikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) di Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Bekas Ketua Pemuda PBB Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pergerakan tersebut menerusi Armada merangka pelbagai misi untuk memastikan kemenangan besar mampu diraih.

    "Pemuda memberi sokongan kepada PBB menerusi Armada dengan pelbagai misi perjuangan," katanya pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita dan Pemuda PBB di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

    Menurutnya, Pemuda PBB juga akan berdiri teguh di belakang kepimpinan parti dari dahulu lagi hingga sekarang.

    "Sokongan kita kepada kepimpinan parti tidak berubah   kepada kepimpinan parti," ujarnya.

    Tambahnya, tumpuan pemuda adalah untuk memberi penerangan di lapangan mengenai dasar kerajaan dan perjuangan menuntut hak Sarawak.

    Sementara itu, Fadillah yang juga Menteri Kerja Raya menambah, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan mentransformkan Sarawak menerusi ekonomi digital.-Sarawakiana
  • No Comment to " Pemuda PBB Akan Terus Jadi Jentera Utama Pastikan Kemenangan BN "