• Pemuda PBB Akan Bantu Perkembangkan Ekonomi Digital

    Published: Friday, 9 February 2018
    A- A+

    KUCHING: Untuk memastikan rakyat tidak ketinggalan dalam perkembangan ekonomi digital, Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan terus membantu kerajaan memperkembangkan ekonomi digital kepada setiap lapisan masyarakat negeri ini.

    K├Ętua Pemuda Gerald Rentap Jabu berkata, ini adalah teknologi yang bergerak begitu pantas dan kita tidak mahu ketinggalan lagi dalam arus pembangunan semasa.

    "Perkara ini adalah begitu penting untuk memperkasa ekonomi rakyat dan akan dibahas pada sesi perhimpunan petang ini bersama pergerakan pemuda.

    "Pergerakan pemuda juga memastikan kemenangan besar kepada Barisan Nasional Negeri pada pilihanraya nanti," katanya ketika sidang media perhimpunan Agung PBB ke-14 di sini pagi tadi.

    Menurut Gerald, Pemuda akan bersama pergerakan wanita berada di barisan hadapan dan bekerja keras pada pilihanraya umum nanti.

    "Pada masa sama kita ada usul pendidikan dan sekolah daif di kawasan pendalaman.

    Bukan setakat itu sahaja, kualiti pendidikan turut di ambil berat terutama kualiti pendidikan luar bandar," ujarnya.

    Tambahnya lagi, penekanan terhadap ekonomi belia juga turut dibincang pada kali ini.

    "Kita sentiasa berfikir bagaimana mencari jalan untuk memperkasakan ekonomi belia.

    "Khususnya ketika ini kerajaan telah melaksanakan pelbagai aplikasi teknologi digital untuk belia memilih bahagian mana yang boleh diguna pakai untuk menambah pendapatan hidup," katanya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Pemuda PBB Akan Bantu Perkembangkan Ekonomi Digital "