• Pemuda Maut, Proton Wira Langgar Treller Minyak Sawit

    Reporter: Admin
    Published: Monday, 19 February 2018
    A- A+
    BINTULU : Seorang pemuda meninggal dunia di tempat kejadian setelah kenderaan yang dipandunya melanggar sebuah treller minyak sawit di Jalan Tatau-Bintulu, Selitut Tatau dekat sini pagi tadi.

    Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 7.00 pagi tadi, mangsa Sia Sung Hung, 27, yang memandu kereta Proton Wira dari arah Tatau ke Bintulu telah melanggar belakang sebuah lori treller yang membawa minyak sawit.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata, kesan dari pelanggaran tersebut, menyebabkan mangsa yang berasal dari Jalan Sena, Sibu tersepit dibahagian tempat duduk dan disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan.

    "Pihak Bomba menggunakan peralatan ‘resque tool’ untuk mengeluarkan mangsa tersepit.

    “Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

    Bagaimana pun, pemandu treller yang berasal dari Karangan Paso Ulu Mukah, tidak mengalami sebarang kecederaan. – Sarawakiana

  • No Comment to " Pemuda Maut, Proton Wira Langgar Treller Minyak Sawit "